see here !

see here ~

Ipoh Jusco Opening at March 2012 !!

KUALA LUMPUR 13 Jan. - AEON Co. (M) Bhd. (Kumpulan AEON), pengendali pusat membeli belah dan rangkaian pasar raya, meninjau kemungkinan membuka antara lima hingga lapan cawangan baharu di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak menjelang 2015.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AEON bagi Asia Tenggara, Nagahisa Oyama berkata, rancangan untuk membuka lebih banyak cawangan baharu di negara ini membuktikan mereka berjaya mendapat sokongan daripada masyarakat Malaysia.

"Kami menyedari pembukaan cawangan baharu memerlukan modal yang tinggi kerana kos pelaburan bagi sebuah cawangan menelan lebih RM200 juta tetapi kami yakin ia boleh dilaksanakan tepat pada waktunya.

"Pada awal tahun ini, kami akan membuka dua cawangan baharu iaitu di Ipoh pada Mac 2012 dan di Manjung pada hujung tahun ini," katanya selepas berucap di majlis pembukaan ibu pejabat Kumpulan AEON Asia Tenggara, di sini hari ini.


Hadir sama Pengarah Pengurusan Eksekutif Kanan dan Ketua Perniagaan Asia Bahagian Perkhidmatan Kredit Kumpulan AEON, Masao Mizuno serta Pengarah Urusan Kumpulan AEON Malaysia, Nur Qamarina Chew Abdullah.

Ibu pejabat baharu yang terletak di Kuala Lumpur itu akan menguruskan peluasan operasi dan perniagaan Kumpulan AEON di peringkat Asia Tenggara. Sebelum ini, syarikat itu mempunyai dua ibu pejabat di Jepun dan China.

Majlis itu juga diadakan bagi meraikan pekerja-pekerja baharu yang menyertai Kumpulan AEON tahun lalu dari tiga negara iaitu Malaysia, Thailand dan Vietnam yang tamat tempoh percubaan selama enam bulan.

Tambah Oyama, setakat ini mereka telah mempunyai sebanyak 28 cawangan di Malaysia dan paling terbaharu, dibuka di Rawang pada Disember tahun lalu.

Katanya, pihaknya juga merancang mempelbagaikan lagi bidang perniagaan di negara ini antaranya menubuhkan pasar mini.

"Kami sentiasa berusaha meningkatkan lagi perniagaan dan keuntungan di Malaysia kerana kami yakin dengan kedudukan ekonomi negara ini yang stabil," katanya.

from :
http://utusan.com.my/utusan/info.asp...4.htm&arc=hive

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...