see here !

see here ~

Project Formula 2 and Autocity will be build at Ipoh, Perak


Litar Formula 2 akan dibina di Ipoh

IPOH 14 Mei - Kerajaan negeri sedang dalam peringkat akhir pelaksanaan projek pembangunan bandar automotif atau 'Auto City' yang turut dilengkapi litar perlumbaan Formula 2 di bandar raya ini tidak lama lagi.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, projek pelaburan langsung asing (FDI) bernilai jutaan ringgit dari sebuah syarikat Singapura itu melibatkan pembangunan tanah seluas 243 hektar.
"Bukan hanya ada F2, tetapi ia lebih kepada bandar berasaskan perniagaan kereta serta alat ganti kenderaan, taman tema serta kawasan penginapan dan hotel.
"Kawasan sudah dikenal pasti di sekitar Ipoh dan mungkin melibatkan kawasan seluas 243 hektar.
"Kita akan membuat pengumuman mengenainya tidak lama lagi," kata beliau pada sidang akhbar selepas program Selamat Pagi Perak di Perakfm di sini hari ini.
Zambry berkata, pelaburan mega dari Singapura itu merupakan satu lagi kejayaan kerajaan negeri menarik pelabur asing dalam menjadikan Perak destinasi pilihan pelaburan.
Terdahulu, sewaktu berbicara pada program radio berkenaan, Zambry memberitahu, pelbagai perancangan telah dirangka bagi membangunkan Ipoh yang ada ketikanya digelar 'Bandar Hantu' kerana kurang membangun berbanding bandar raya lain di negara ini.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...